Powered by Blogger.

About

About Me

RSS
Container Icon

Jenis Perumahan Awam

a) Perumahan Kos Rendah

Program Perumahan Kos Rendah (PAKR) merupakan satu program terhadap golongan berpendapatan rendah. Rumah yang dibina dijual dengan kadar yang rendah terhadap pembeli yang layak dan berdaftar melalui sistem pendaftaran terbuka berkomputer yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Projek ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan dimana kebanyakkan perumahan yang dibina adalah di kawasan bandar kecil dan sub-bandar. Bagi di kawasan bandar raya dan bandar utama pula, satu Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPRB) disediakan untuk menempatkan semula setinggan.

b) Perumahan Kos Sederhana Rendah
Bagi perumahan kos sederhana rendah, ia merupakan satu strategi baru dalam memastikan golongan kelas menengah Melayu untuk terus berkembang selaras dengan pembangunan ekonomi. Usaha ini telah dilakukan oleh pihak pemerintah untuk menyediakan perumahan yang memberi keselesaan kepada rakyat. Dalam RMKe-8, sasaran rancangan adalah sebanyak 83,910 unit rumah siap dibina. Daripada jumlah tersebut, 61,084 unit rumah dibina oleh pihak swasta sebagai usaha untuk memenuhi keperluan rakyat. Terdapat juga sejumlah 3,898 rumah di bawah Program PerumahanMampu Milik yang dibina di bawah SPNB.

c) Perumahan Kos Sederhana dan Perumahan Kos tinggi
Di bawah RMKe-8, sejumlah 222,023 unit rumah kos sederhana dan 274,974 unit rumah kos tinggi dibina. Keadaan ini menunjukkan rumah kos sederhana dan kos tinggi yang dibina oleh sektor swasta melebihi sasaran. Permintaan yang meningkat oleh rakyat untuk perumahan ini disebabkan taraf hidup yang meningkat dan bilangan penduduk yang bertambah setiap tahun. Sektor awam telah membina sebanyak 112.6 unit rumah kos rendah manakala sebanyak 22,510 unit rumah untuk rumah kos tinggi dibina di bawah rancangan. Terdapat juga pihak lain yang terlibat dalam pembinaan perumahan ini iaitu perbadanan kerajaan seperti SPNB dan PKEN untuk dijual kepada orang awam. Bagi pembinaan oleh agensi kerajaan pula, ia digunakan sebagai rumah kediaman untuk anggota sektor awam.

d) Pembangunan Perumahan di Kawasan Luar Bandar
Program Perumahan Rakyat Miskin (PPR) dilaksanakan di kawasan luar bandar untuk golongan miskin tegar termasuk Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS). Program ini dilaksanakan oleh kerajaan sebagai usaha untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar dengan penyediaan perumahan yang berkualiti dan selesa. Antaranya adalah melalui program Penyatuan Semula Kampung, Pusat Pertumbuhan Desa dan Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil di mana pembangunan perumahan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan awam untuk kegunaan penduduk setempat. Program yang dilaksanakan ini melibatkan 40 buah kampung di seluruh negara dengan 6,000 keluarga yang disenaraikan di bawah program tersebut.

e) Perumahan untuk Anggota sektor Awam
Bagi perumahan untuk anggota sektor awam pula dibina khususnya bagi anggota awam yang berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja dan Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pekerja awam di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Terdapat juga rumah awam yang dibina bagi anggota awam lain seperti guru dan personel perkhidmatan yang berkhidmat di kawasan luar bandar serta di kawasan yang terpencil yang kurang kemudahan. Petempatan yang dibina adalah bagi memenuhi keperluan anggota awam untuk berkhidmat dengan selesa dengan kualiti perumahan yang disediakan dalam tahap yang baik dengan pelbagai kemudahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

eachannfahey said...

Hard Rock Casino Hotel - Dr.Mcd.com
Hard 양산 출장안마 Rock Casino Hotel 이천 출장샵 The Hard Rock Hotel Casino is a three-story, 3,000 seat 서귀포 출장마사지 multi-level 서귀포 출장안마 multi-level entertainment venue located on the 목포 출장마사지 strip

Post a Comment