a) Perumahan Kos Rendah
Program Perumahan Kos Rendah (PAKR) merupakan satu
program terhadap golongan berpendapatan rendah. Rumah yang dibina dijual dengan
kadar yang rendah terhadap pembeli yang layak dan berdaftar melalui sistem
pendaftaran terbuka berkomputer yang dikendalikan oleh kerajaan negeri. Projek
ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pinjaman daripada Kerajaan
Persekutuan dimana kebanyakkan perumahan yang dibina adalah di kawasan bandar
kecil dan sub-bandar. Bagi di kawasan bandar raya dan bandar utama pula, satu
Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPRB) disediakan untuk menempatkan semula
setinggan.
b) Perumahan Kos Sederhana Rendah
b) Perumahan Kos Sederhana Rendah
Bagi perumahan kos sederhana
rendah, ia merupakan satu strategi baru dalam memastikan golongan kelas
menengah Melayu untuk terus berkembang selaras dengan pembangunan ekonomi.
Usaha ini telah dilakukan oleh pihak pemerintah untuk menyediakan perumahan
yang memberi keselesaan kepada rakyat. Dalam RMKe-8, sasaran rancangan adalah
sebanyak 83,910 unit rumah siap dibina. Daripada jumlah tersebut, 61,084 unit
rumah dibina oleh pihak swasta sebagai usaha untuk memenuhi keperluan rakyat.
Terdapat juga sejumlah 3,898 rumah di bawah Program PerumahanMampu Milik yang
dibina di bawah SPNB.
c) Perumahan Kos Sederhana dan Perumahan Kos tinggi
c) Perumahan Kos Sederhana dan Perumahan Kos tinggi
Di bawah RMKe-8, sejumlah 222,023 unit rumah kos
sederhana dan 274,974 unit rumah kos tinggi dibina. Keadaan ini menunjukkan
rumah kos sederhana dan kos tinggi yang dibina oleh sektor swasta melebihi
sasaran. Permintaan yang meningkat oleh rakyat untuk perumahan ini disebabkan
taraf hidup yang meningkat dan bilangan penduduk yang bertambah setiap tahun.
Sektor awam telah membina sebanyak 112.6 unit rumah kos rendah manakala
sebanyak 22,510 unit rumah untuk rumah kos tinggi dibina di bawah rancangan.
Terdapat juga pihak lain yang terlibat dalam pembinaan perumahan ini iaitu
perbadanan kerajaan seperti SPNB dan PKEN untuk dijual kepada orang awam. Bagi
pembinaan oleh agensi kerajaan pula, ia digunakan sebagai rumah
kediaman untuk anggota sektor awam.
d) Pembangunan Perumahan di Kawasan Luar Bandar
d) Pembangunan Perumahan di Kawasan Luar Bandar
Program Perumahan Rakyat Miskin
(PPR) dilaksanakan di kawasan luar bandar untuk golongan miskin tegar termasuk
Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS). Program ini dilaksanakan oleh
kerajaan sebagai usaha untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar dengan
penyediaan perumahan yang berkualiti dan selesa. Antaranya adalah melalui
program Penyatuan Semula Kampung, Pusat Pertumbuhan Desa dan Pembangunan
Bersepadu Desa Terpencil di mana pembangunan perumahan ini dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan asas dan kemudahan awam untuk kegunaan penduduk setempat.
Program yang dilaksanakan ini melibatkan 40 buah kampung di seluruh negara
dengan 6,000 keluarga yang disenaraikan di bawah program tersebut.
e) Perumahan untuk Anggota sektor Awam
e) Perumahan untuk Anggota sektor Awam
Bagi perumahan untuk anggota sektor awam pula
dibina khususnya bagi anggota awam yang berkhidmat dengan Polis Diraja
Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja dan Jabatan
Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pekerja awam di Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Terdapat juga rumah awam yang dibina bagi anggota awam
lain seperti guru dan personel perkhidmatan yang berkhidmat di kawasan luar
bandar serta di kawasan yang terpencil yang kurang kemudahan. Petempatan yang dibina
adalah bagi memenuhi keperluan anggota awam untuk berkhidmat dengan selesa
dengan kualiti perumahan yang disediakan dalam tahap yang baik dengan pelbagai
kemudahan.
1 comments:
Hard Rock Casino Hotel - Dr.Mcd.com
Hard 양산 출장안마 Rock Casino Hotel 이천 출장샵 The Hard Rock Hotel Casino is a three-story, 3,000 seat 서귀포 출장마사지 multi-level 서귀포 출장안마 multi-level entertainment venue located on the 목포 출장마사지 strip
Post a Comment