Powered by Blogger.

About

About Me

RSS
Container Icon

Perumahan Awam di Malaysia

Perumahan merupakan satu keperluan bagi setiap penduduk di dunia. Ini kerana, perumahan bukan sahaja dilihat daripada aspek fizikal luarannya tetapi ia menyediakan perlindungan kepada penghuninya yang berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi, politik, kejiranan, dan persekitaran (Bourne, 1981). Ia juga merupakan pelaburan yang penting di mana sebanyak 5 peratus daripada pendapatan negara akan dilaburkan dalam sektor perumahan.  
         
          Terdapat beberapa program pembangunan perumahan yang disediakan oleh kerajaan dalam RMKe-8 dalam usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan golongan setinggan. Dengan penyediaan perumahan yang mampu dimiliki, ia membantu dalam meningkatkan taraf hidup penduduk dengan penempatan yang selesa dan berkualiti. Menurut Nurizan (1989), di Kuala Lumpur syarat untuk mendapatkan rumah awam ialah seseorang itu mestilah warganegara Malaysia dengan pendapatan tidak melebihi RM1000, mempunyai keluarga sendiri, dan tidak mempunyai rumah dalam lingkungan 25 meter dari pusat bandar. Keutamaan rumah adalah terhadap isi rumah setinggan yang terlibat dalam projek pembangunan dan projek mengindahkan bandar. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment